Rabu, 29 Februari 2012

Alhamdulillah, dah selesai....


Alhamdulillah, abg Madan Jr dah selamat bersunat. Majlis khatannya berlansung dirumah kak Kim sendiri. Kebetulan Vet tu cuti. So, dia volunteer nak datang rumah dan buat dirumah kak Kim. Yg penting kucing tu sehat dan ikut segala prosuder yg diarahkan.

Hencemkan, Vet tu.. "Saya suker rumah setingkat, kak.
Senang anak2 saya nak belari...
Ooooo .. dah ada family rupanya kamu...".

" Akak, kucing akak ni ballnya ada sebijik jer.
Kucing ni kira abnomal tp kes ni normal..
Alahai, sama macam abg Madan yg dulu.
Ballnya pun ada sebijik jugak..

Madan masih angau...

Sejam Madan dah mula sedar dan aktif. Ngamuk nak keluar cage.
Habih makanannya ditumpahkannya.


"..Rendang tak berbuah.... he, he...
Janganlah marah MJ..."





Selasa, 21 Februari 2012

Suratan atau Kebetulan....


Petang tu cuaca tenang jer. Pelahan2 masukkan Ramadhan dlm cage. Sepanjang pejalanan dia mengiow. Kdg2 kuat, kdg pelahan seperti merayu mohon simpati. Sayu hati mendengarnya. Sambil pujuk dia, " bukan nak buang abg Madan. Kita gi jumpa doktor. Abg Madan, kan nak sehat...."

Sebab dah buat appointmnet, sampai terus masuk bilik rawatan. Jumpa Dr Peter, doktor yg menyunat dan merawat abg Madan dulu. Alhamdulillah, semuanya ok. Takder kurap, kudis @ luka2 yg serious. Kutu jer banyak.....

Stage yg ke 2. Pengesahan identiti. Inilah hasilnya. Senyum memanjang......



Nak kata apa..? Bak kata doktor Peter tu, " rezeki dia bersama you. You terimalah dia.."

Sebenarnya hari ke 2, dah perasan. Ramadhan yg dulu ada parut kena jirus air panas dibadannya. Tp fikir, mungkin sebab dia dah kurus, so parut tu dah tercover...

Apa pun, kak Kim redho. Di sisi Allah semuanya adalah sama. So, apalah kita nak membeza2kan sangat Ramadhan dulu dan Ramadhan skrg atau mana2 haiwan. Yg penting niat serta keikhlasan kita menjaga mereka.


Untuk Ramadhan, mama akan terus mencari dan
berdoa agar abg Madan kembali semula kepangkuan kami.
Sesungguhnya kau adalah satu, terlalu istimewa
dan tiada penggantinya....

Untuk Ramadhan Jr. Selamat Datang dan
mama menerima kamu dgn hati terbuka serta seadanya.



"...Tak terlafaz dek bicara, tak tertulis dek pena
betapa rindunya mama pada abg Madan...."





Isnin, 20 Februari 2012

I love wrestling......

Budak kenit 2 ekor ni, klw begaduh tak hengat donia. Tepekik, telolong, bergigit2, besepak terajang. Mengalahkan WFW wrestling.
Terutama si jantan, Mello ni. Ganas semacam..

Yeah.. yeah..!, duss..duss....

Aku geget tinge, ko.....

Aku cekik leher ko yg pendek...

Aku geget tinge ko yg sebelah pulak...

"..Hait.... apsal budak putih ni, dah mati, ker...?
Habih la aku kalau mama tahu...
Tidor luar bawah pokok pisang lah aku malam ni..."





Jumaat, 17 Februari 2012

Identiti.....


Minggu depan akan bawa abg Madan buat medical chek-up. Dan yg lebih penting, pengesahan identiti samada ini abg Madan yg sebenar atau bukan .... Risau lg berdebar2 dibuatnya.
Klw betul, Alhamdulillah... klw bukan ...?

Antar dia balik ke pasar tu, mama.....

Tak payahlah, sian dia.....

Tak payah buat pengesahan identiti tu, mama..
Klw betul abg Madan, oklah. Klw bukan, camner...?
Nanti org suker jadi tak suker dan org kata mama penipu....



"...Entahlah ......
Hanya berdoa pd Allah,
agar diberi kekuatan dlm diri ni...."





Selasa, 14 Februari 2012

Dia Yang Satu - Prt 3


Hari ke - 11. Kali ni, kak Kim pergi tengahari pula ke pasar tersebut. Masih ada proses jual beli tp kebanyakkanya dah sibuk mengemas barang masing2 untuk pulang. Tempat pertama yg kak Kim tuju, tempat mula2 jumpa Ramadhan hari tu. Pusing kali pertama, hampa tak nampak pun kelibat kucing warna putih.

Pusing kali ke 2, eh... macam nampak bayang2 kucing warna putih bawah kereta. Kali ini, mmg kak Kim dah ready habis. Pintu kereta, cage dah sedia terbuka. Berjalan pelahan bagai siput sambil mengetap bibir supaya tiada satu suara pun yg terkeluar, takut nanti Ramadhan terkejut dan lari lagi. Bila dah dekat sambil melutut, dgn suara paling lembut panggil nama Ramadhan. Dia pandang... Pelahan2 hulurkan ikan rebus ke arahnya. Sebaik saja dia bangun dan melangkah keluar sikit utk mencapai ikan rebus, sepantas kilat kak Kim sambar tangannya. Maaflah, Ramadhan. Mungkin cara mama kasar, mungkin tangan, badan abg Madan sakit2 sbb mama cengkam dan tarik abg Madan dgn kuat sekali. Teruskan masukkan dlm cage yg mmg dah tersedia terbuka. Tiba2, teringat iya ker ini Ramadhan...?. Terus periksa muntotnya. Sah ada ball dan saiznya kecik.


Inilah gambar-gambar Ramadhan, setibanya di rumah......


















Isnin, 13 Februari 2012

Kau Yang Satu - Prt 2



Hari ke - 10, balik keje terus ke pasar tu lagi. Bukak pintu kete, terus ada orang menyapa. "..Takderlah kak, tak nampak pun kucing putih tu hari ni..". Itulah salah sorang yg membantu kak Kim mencari Madan semalam. Rasanya, dia guard di pasar tersebut. " Takperlah, akak cuba cari lagi..", saja jawab camtu. Sebenarnya dlm hati dah rasa sikit kecewa " Hah ah, cuba2 lah cari lagi....", sambungnya lagi. Melilaulah kak Kim bersama anak mencari kucing putih ( Madan ) di serata pasar dan kawasan sekitarnya.

Hampa ..... tiada.... Bekal makanan yg kami bawa, kami sedekahkan pada semua kucing2 yg berkeliaran di pasar tersebut. Beriya2 mereka makan. Tersentuh hati, kalau boleh nak bawak mereka semua balik.... kalau boleh, nak bagi mereka hari2 makan... Sambil mengusap kepala salah sekor kepala yg sedang makan tu, kak Kim berbisik... "..nanti senang2, mama datang lagi...". Tak sempat nak snap gambar2 kucing2 tersebut, sbb kamera tinggal dlm kereta.

Tiba2, En. Guard tadi menyapa lagi. " Ada sorang perempuan tu, dia rajin datang sini bagi kucing2 kat sini makan...". " Oh, iya ker...", Alhamdulillah. Senangnya hati kak Kim mendengarnya. Kalau ada kesempatan nak sangat kenal dgn perempuan hati mulia itu. Hari beransur gelap... kami pulang sekali lagi dgn rasa hampa dan kecewa tp tetap bersyukur ada insan yg sudi bersedekah pada kucing2 disini walaupun bukan hari2.

bersambung......





Kau Yang Satu - Prt 1


Malam tu, dia balik seperti biasa. Jauh lagi dia dah mengiow2. Macam nak bagi warning .." I'm back...". mmg camtulah abg Madan, memekak jer. Masuk rumah klw kita tak layan dia, dia layan kita. Klw tengah tidur @ duduk alamatlah dipijak2nya, disondol2nya. Mak ai... badan dia bukan ringan. Tapi malam tu, dia lebih manja. Selalu guraunya kasar, asyik nak mengcekau org jer kejenya. Lepas makan dia keluar semula...

Pagi sebelum pegi keje, bagi semua 'anak2' makan. Tapi abg Madan takder. Kak Kim, tinggalkan jer makanannya, mungkin kejap lagi dia balik. Petang, balik keje tengok nasinya masih disitu, tak berusik pun. Hati dah mula tak sedap. Tp cuba bawa rilek, pujuk hati dgn berkata..." alah, kucing jantan mmg camtu. Lagi klw tengah gatal, 2-3 hari tak balik rumah. Semalaman tunggu tak juga balik2. Esok bermulalah operasi mencari Madan. Puas tanya kat jiran2, semua kata tak nampak. Pegi keje, balik keje kak Kim sengaja ambik jalan yg jauh kot2 ternampak Madan. Balik keje terus cari lagi Madan. Begitulah setiap hari. Dalam hati, Tuhan saja yg tahu.. nak menangis rasa dah mampu lagi. Setiap hari kak Kim berdoa,baca Yassin sampai kak Kim kata, dapat jumpa bangkainya pun jadilah..Itu lebih baik dari terus berteka-teki.. mungkin kak Kim nampak over, kucing hilang pun sampai nak baca Yassin bagai namun bukan sbb kucing hilang jer tp utk semua hal. Mudah2an Allah berkati kita semua...

Seminggu berlalu, Ramadhan masih tak ditemui. Tuhan saja yg tahu perasaan kak Kim. Sampai nak tengok gambar abg Madan pun rasa dah tak sanggup.
Hari ke 9, sorang jiran bagitahu, dia nampak macam Ramadhan di pasar basah di sebuah pekan yg terletak kira2 15 kilometer dr rumah kak Kim.


Apa lagi, bersama anak dan berbekalkan sebotol air, sangkar, plastik hitam, s/khabar dan sekor ikan rebus serta biskut kegemaran abg madan, terus drive ke tempat yg disebutnya itu.
Sebenarnya kak Kim dah bersedia menerima apa saja kemungkinan. Ikan dan biskut tu untuk umpan. Sangkar supaya dia tak menggulupur lepas dan plastik hitam serta s/khabar jika hanya menemui jasadnya yg telah kaku Sepanjang jalan terus berdoa dan berdebar2. Ketika itu jam 5.00 ptg tp cuaca mmg terang benderang, panas terik. Sampai ditempat tersebut, kak Kim memperlahankan kereta sekadar boleh bergerak saja. Mata melilau mencari bawah2 kereta, celah2 gerai, celah2 bakul sayur tp hampa.

Pusing sekali lagi, tiba2 nampak sekor kucing putih bawah kereta. Cepat2 parking kereta tepi. Menghampiri kucing putih dgn segera tp penuh berhati2. Org peratikan semacam jer, lantaklah korang....
Panggil " Ramadhan...." dia pandang kak Kim. Iya ker Ramadhan ni..? Ya, Allah, mama dah hampir tak kenal abg Madan. Badan abg Madan dah kurus dan kotor. Muker dah kecut dan comot sangat. Ya Allah sedihnyer...Pujuk dia keluar dgn menghulurkan ikan rebus. Dia keluar pelahan2, kak kim cepat2 sambar tangan dan pujuk dia tp dia menggelupur, meronta dgn sekuat2. Habis kedua2 belah tangan kak Kim berdarah2 dicakarnya. Dan akhirnya terlepas.....
Kak Kim, anak dan beberapa org yg ada disitu turut membantu mencarinya. Tapi dia hilang entah dimana..... sedih, terkilan, menyesal yg tak sudah2 menyalahkan diri.

Hari beransur gelap, kami terpaksa pulang dgn seribu kehampaan dan penyesalan yg tak sudah. Sampai dirumah, nak makan pun tak selera, terbayangkan muker abg Madan yang dah cekung dan lesu.
Sedih....






p/s : Maaf ceritanya berjela-jela sbb emo sgt...


Rabu, 8 Februari 2012

Wordless...




Kami rindu sangat pada ibu, Ciku dan Soya...
Mengapa tak bawak kami sekali..?





Untuk dua anak Nia, Milo dan Cherry - jangan menangis, sayang.....
Mama dan yang lain2, ada disini akan sentiasa
menemani dan melindungimu selalu....






Selasa, 7 Februari 2012

Antara main dan cita-cita...



Pagi yg cerah dan hari cuti pula. Bawak budak2 tecik ni main kat laman depan. Kira ini first timelah, mereka keluar. Selalunya main dlm rumah @ kat belakang sbb kat depan jalan besar . Takut mereka lepas ke jalan, naya jer...... Sukernya mereka, mengexplore kawasan baru

Tepi cikit, abg Melah. Tite nak panjat atas.
Bontot abg Melah ni becorlah...

Wooo.... manyaknyer kapal selam atas jalanraya ni
Nanti tite pun beli catu.
Tite nak beli kapal celam pecona....

Tulun, tulun... tepale caye tecepit...

Ini mesti okok angka ni... (nangka)
Wah, mama tanam okok angka dlm pasu.
Nanti senanglah tite nak ambik wuah ia...

Ni pulak okok adi (padi)...

Nanti tite nak bukak kilang adi depan umah mama...

Milo : He... he, nak untah tite dengar....
nak ukak ilang adi, onon...
Ilang aik boleh,lah...he, he....

Soya : Suker ati tite, lah....
Nah, ko Ilo. Duss...dussss...
Tite gigit tiak ko sampai putus...