Jumaat, 29 April 2011

Hari Jadi @ Hari Jumpa..

Mama, hari jadi Merah nanti Merah nak kek ayam tak payah pacak2 lilin, mama pacak2 sosej jer. Kunun2 tu lilin lah...

Nia, pulak nak nak ikan kukus, ikan bakar. Lepas tu mama letak krim-krim, yer. Pastu Nia nak ais krim jugak...

Abang Madan ?.... abang Madan tak nak susah2kan mama. Abang Madan punya birthday buat kat mc D, boleh mama..? Nanti orang kuning stokin belang2 merah tu boleh datang...

Beranganlah kamu...kamu mana ada hari jadi,
hari jumpa adalah...

Emm... mama menghina kami, yer ?

Bukan menghina tapi kita ingat asal usul kita. Bila kita dah senang jangan lupa kawan-kawan kita yang susah. Rezeki yang Allah berikan kepada kita bukan untuk kita sorang. Dalamnya, ada hak anak yatim, fakir miskin, musafir dan lain-lain lagi.

Ishh.. mama ni, berceramah pulak.

Bukan berceramah lagi tapi berkhutbah sebab kamu semua ini tak pegi sembahyang Jumaat...
Apa kata, kita celebrate harijadi kamu nanti kat belakang
rumah jer dengan semua kucing2 kat belakang tu...

Iyolah... Kami yang menurut perintah..




Rabu, 27 April 2011

Saya tak curi, acik...


Assalammualaikum, acik....

Acik, acik jangan tuduh saya camtu. Saya tak curi pun ikan acik, masuk rumah acik pun tak. Saya cuma boleh keluar rumah, bila mama saya balik keje jer - pukul 5.00 ptg nanti.

Dari pagi, saya dan adik2, semua mama kurung kat rumah. Siap bermangga lagi pintu. Tingkap tutup rapat. Lubang..? mana ader lubang. Saya duduk rumah tereslah, acik...

Mentang-mentang, saya ini suker buat kecoh (bergaduh). Tapi saya buat kecoh pun dgn kaum sejenis saya jer. Dan kami ada port kami sendiri nak bergaduh, takdernya nak bergaduh dalam rumah acik. Tengok rumah acik pun kami dah seram... siap pagar duri-duri lagi.

Acik cakap kat mama saya, kucing yg curi ikan acik tu warna putih. Alah, acik...bukan saya sekor jer kucing warna putih, kucing lain pun ada gak warna putih. Tak baik tau, acik. Tuduh-tuduh saya camtu.. Nanti berdosa, masuk api neraka...

"..Sedih tau, orang kata : kita JAHAT..."




Ahad, 24 April 2011

Beautiful Sunday Morning....



Bersiar-siar sambil menghirup udara pagi yg segar...

" Bawah rumpun bambu
Hamba menunggu..."

Bagai kucing dengan bayang-bayang
" Hensem jugak erk, muker aku...."

Ooo.. la, la, la... Tropika

We had joy,
We had fun,
We had season in the sun...


Opps.. pocot, pocot... terjatuh pulak..

Are you okey, Merah ?
Let me help you...

I'm okey, give me your five...




Sabtu, 23 April 2011

Kena hempap/tindih masa tidur....


Fenomena ini sukar untuk diungkapkan. Ibu2 kita kata, ada 'benda' yg hempap, himpit atau tindih masa kita tidor. Bagi yg pernah mengalaminya tentu rasa 'seriau' , ngeri atau senang cerita yg siapa makan cili, dia yg rasa pedasnya.

Puaslah menjerit, puaslah berguling2, puaslah meronta2 tapi tetap tak boleh bangun. Kita boleh nampak semua yg ada disekeliling kita. Tapi " tak dapek nak menulong". Cuma satu cara kak Kim, kak kim akan baca ayat kursi berkali2, Insya Allah.. it realese. Alhamdulillah...

Paste dr inforozi.com

Mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilailah dan macam2 lagi halusinasi.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)

4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Cuma sleep paralysis je..

Apapun, terpulang pd persepsi dan kepercayaan masing-masing. Yang penting, kita sebagai orang Islam amalkanlah sunnah yang disebut dalam Islam. Nak tidor, nak makan, nak jalan dan nak apa saja. Ada doa dan ada adapnya. Jangan main redah, jer...

Pada semua yang pernah mengalami, pernah dengar atau pernah lihat, jom kita sembang-sembang pagi Sabtu...





Khamis, 21 April 2011

My Mum Recipe..


Ok, anak-anak semua.
Hari ini mama nak masak, masakan kampung...

Sambal belacan, yer mama..
Ya, pucuk ubi. Ulam jering....

Ok, mula2 pilih ikan yg sesuai,
Kemudian bersihkan.....

Rebus tapi kalau rajin, stim lagi bagus
Kat sini jer, aromanya dah naik...

Tengok tu si Merah,tak sabar-sabar nak makan
Sampai tarik2 baju mama...

Ini sekor lagi. Masuk lak, kepala tu dalam periuk...

Ok dah, siap.....
No salt, No MSG

Bismillahirrahmanirrahim....
Jemput makan semua....



Rabu, 20 April 2011

Kalau mereka ada...


Abu

Abi

Safar, Syaaban dan rejab

Tiba-tiba rasa rindu pulak pada mereka yang telah pergi
Kalau mereka ada, tentu sekarang dah dewasa..
Kalau mereka ada, tentu sekarang dah bujang dah dara
kalau mereka ada, tentu hati tak bertanya-tanya
Kalau mereka ada...
Ah...pejamkanlah mata,
Mereka telah tiada...




Selasa, 19 April 2011

Dua musuh tradisi...


Tak tau nak kata apa si Ramadhan ini. Memang problem maker, story creator, fire breaker, biskut creaker, semuanya adalah dia... Dah dinueterkan. Orang sunat sekali, dia dua kali. Orang guli dua2 kat luar tapi dia sebiji kat dalam perut. Sebab itu kena 2 kali operation. Ceritanya disini

Ramadhan dan si Panjang sedang bergasak
(maaf kalau ada yg tersinggung dgn gambar ni)

Malam tadi bergaduh lagi. Kali ini dgn si Panjang, musuh tradisi dia. Mereka berdua klw bergaduh tak berbunyi, yg dengar cuma bunyi nafas dan hempasan badan masing2...
Puaslah menjerit, balinglah dengan apapun, simbahlah banyak manapun air, mereka berdua tetap bergasak. Dua2 tak mahu mengalah. Kak Kim terpaksa beranikan diri, tarik Ramadhan. Kepit dia kuat2 bawak balik sambil gosok bawah leher untuk tenangkan dia..itupun meronta2 nak lepas...

Sampai kat rumah, adik2 dia pulak dirembatnya. Kesian, Merah dan Nia tak pasal2 kena lempang. Mungkin, dia tak puas hati atau geram tak dapat belasah si Panjang cukup2 sebab kak Kim dah tarik dia bawak balik...

Inilah rupa Ramadhan lepas bergaduh

Luka sana sini

Kepala berdarah, kaki berdarah

Badan kotor2

Hidung bengkak


Si Panjang dan Si Ramadhan
Bagai buku dengan ruas...





Sabtu, 16 April 2011

Bila Hujan...

Bila hujan turun ke bumi
Kalau boleh nak tidor lagi
Tapi tak mungkin terjadi
Banyak perkara harus diurusi...

Meow-meow dah berbunyi
Kain banyak tak bercuci


Bila hujan turun kebumi
Pokok rebah, akar tak jejak lagi..

Meow-meow, mana nak pergi
Di kaki lima orang dah penuh berdiri..


Oh, hujan cepatlah berenti..
Jangan menangis lagi....
Abang Madan macam dah nak mati
Tak dapat berjumpa buah hati.....





Rabu, 13 April 2011

Kita bako dia..


Hari tu dah buat satu kotak mainan pink
tp asyik berebut, jer. Cari lagi kotak.

Kali ini buat lebih besar. Gambar Ben Ten lagi......
Pendekata, semua saiz boleh masuk.
Dari saiz XXL - XS. Kan, abang Madan...

Malah lebih advance. Siap ada tingkap lagi

" Assalammualaikum, makcik.
Buat apa tu... menjahit, ker..."

Paling penting, senang lari
bila orang datang kutip hutang

Boleh buat mesyuarat tingkap
" Merah, aku ada satu cadangan. Psst..psst...
Ok, aku setuju.."

" Ada tak dia, Nia..? "
" Takderlah...tp bau2 kentut dia ada dekat2 sini.."

Hah, ini dia..!

" Hi, Abang Madan..."

"..Merah, cepat Merah...!!
Kita bako dia... "




Isnin, 11 April 2011

KOTAK PINK....


Cuti hujung minggu, buat sikit aktiviti.
Niat dihati untuk si Merah tempat dia bermain
Sebab Merah anak kucing istimewa.
Cerita tentang Merah - klik disini

Ini dia, dah siap pun... Alah, bukan Cat House.
Pondok pun bukan. Cuma kotak tampal2 jer...

Merah memang suker main dalam itu.
Tapi Nia suka mengacau... Jealous, kot

Time ni, kredit untuk abang Madan.
Dia tak kacau Merah dlm kotak tu..
"Nia, janganlah kacau Merah.
Tak baik, tau.Kesian dia...."

"..Degil betul, budak Nia ini. Tak reti bahasa.
Aku kata jangan kacau dia.."

" Hah, tengok tu..Merah dah majuk.
Kang dia ngadu kat mama,
tak pasal2 kita berdua tidor kat luar.."

" Sekarang ada berani, kacaulah..."
"Laa.. orang tua ni pulak, dlm kotak ni.." - Nia

" Eeee.... beratnyer, macam tong gas.." - Nia
" Tak makan saman betul budak ni..."

Pang..!!, rasakan....

Ha, ha, ha .... best! best...
Walaupun terpaksa kecik-kecikkan badan..

RAMADANNN... !!, NIAAAA.... !!!
KE SINI KAMU...