Khamis, 31 Mac 2011

Yang Merah itu saga.....


Hantar ayah pegi klinik. Selalunya pergi waktu malam atau lepas balik keje. Tapi hari tu pegi sebelah pagi sbb2 hal tertentu. So, bisness hour klinik tu sebelah pagi, kak kim tak surelah sangat..

Kebetulan sampai sana, cik/puan misinya (petugas klinik biasa, jer..) tengah buka kunci pintu klinik... Kak Kim pun tanyalah elok2..." Klinik bukak ker, pagi ni...?

Dengan muker bedengung lagi sombong, cik misi tu menjawab... "tak nampak ker, saya bukak pintu ni. Bukaklah...!!

Uh, menyentap saraf adrelinaku... Inikah orang kita yang dikatakan kaya dengan budi bahasa...?

Rasa nak cancel jer masuk klinik tu. Tapi kerana mengejar masa, masuk jugak dgn dada dan muka yang hangat...

Mungkin ada yang kata. "Apalah, kak Kim ini. Dah nampak orang tu bukak pintu, tanya lagi..bukak, ker ?".

Iyalah, manalah tahu kot-kot, dia bukak untuk ambik barang jer, lepas tu tutup semula. Lagipun, apa salahnya jawab elok2...orang yg datang klinik tu bukan orang yg sehat2, semuanya yang tahap kesihatannya kurang memuaskan. Silap2 nanti...


Lagipun, biasalah orang kita..dah nampak orang tu makan, tanya lagi...." makan, ker...". Bagi kak Kim, bukan dia tak nampak orang tu makan tapi itu dah jadi ayat sapaan mesra. So, janganlah herdik mereka..." Oii..buta, ker? dah nampak orang makan, tanya lagi...".

Sebenarnya itu lebih baik, dari mereka lalu dan tak tegur. Nanti keluar pulak pantun " Apa dosa kami, lalu tidak tegur....".


Yang merah itu saga
Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang molek itu budi.....

Senyuman dan penampilan
yang baik,
mampu berbicara sebelum
anda mula berbicara....





Selasa, 29 Mac 2011

Kami menyusahkan, ker....

Hari ini makan nasi putih kosong jer....
Mama kata, dah takder duit nak beli lauk..

"..Mama, selama ini kami
menyusahkan mama, ker...?
Takperlah, mama hantarlah kami
semula ke tempat asal kami.
Kejap lagi, Nia, abang Madan dan Merah
akan kemas kain baju untuk pindah..."

Nak pindah naik apa..?

Naik scooter merah abang Madan....
Abang Madan kata, takper...
Kita keluar dari rumah mama.
Abang Madan banyak follower..

Siapa follower abang Madan..?
.
.
.
.
.
.
.
.
KUTU....





Isnin, 28 Mac 2011

Kasi potong habih...

Romadhannnn......kamu ini nak jadi apa..?

Abang Madan tak bagi Merah masuk rumah

Abang Madan cakar hidung Cicak sampai tekopak

Abang Madan marah juling makan

Abang Madan panjat tempat bunga mama sampai tekoyak

Abang Madan tolak Nia sampai tegolek

Abang Madan !!, kalau nakal2 lagi,
mama hantar sunat sekali lagi.
Kali ini kasi potong habih, mau..?



Ahad, 27 Mac 2011

Bunga Oh Bunga.....

Hari-hari minggu ini, meh kita cuci mata, sedut udara luar yang segar. Selalu pagi2 bukak pintu rumah, terus masuk pintu kereta. Balik pulak, bukak pintu kereta terus masuk pintu rumah. Tak sempat pun menyapa kiri kanan. Hish, hish .. tak baik tau, macam tu... senyumlah sikit. Salah satu terapi yg boleh membuatkan kita tersenyum ialah BUNGA...

Cerita pasal bunga, rasanya semua orang suka bunga. Tapi masalahnya, kita tanam pokok bunga yang keluar nanti ranting bunga. Orang tanam, makin lama makin besar, makin tinggi. Kita tanam pulak, makin lama makin masuk ke dalam tanah...

Kalau pergi tempat orang jual bunga memang gila dibuat. Berduyun2, berganyut2 bunga. Disetiap ranting ada bunga. Kadang-kadang tak padan dengan pokoknya. Pokoknya kecik jer, bunganyer, mak datok...penuh.

So, kita pun beli. Sampai rumah, itulah pertama dan terakhir kita tengok bunganya. Habih bunga dikedai, habislah....lepas tu tak berbunga2 ...Last tinggal tunggul dan akhirnya pasu terlangkup. Sekian, Wasalam..

Sama cantik, sama padan... he, he


Sabtu, 26 Mac 2011

Kurap, kudis dan kotor...

Beberapa hari kebelakangan ini , macam ada yang tak senang dengan apa yang kami laku. Ada yang mempertikai keikhlasan hati kami, ada yang kata kami cari publisiti murah, ada yang kata kami pura-pura, saja nak cari bahan untuk menulis ...Iya, ker? Takperlah, kak Kim tak ambik hati. Itu hak kalian untuk berkata-kata. Malah, kak Kim akan alert dengan setiap yang dikatakan....


Namun janganlah hina 'anak2 cumil' kami. Mereka tak bersalah. Mereka memang kucing kurap, mereka memang kucing longkang yang kotor dan busuk. Tapi siapa yang buat mereka jadi begitu. Siapa yg bawa mereka ke longkang, siapa yang bawa mereka ke pasar2, ke kedai2, ke kaki lima?

Kurap, kudis, kotor, bau busuk itu hanya dikulit. Insya Allah, dengan sedikit air yang bersih dan ubat semua itu akan hilang. Yang tak hilang kurap, kudis, kotor dan busuk dihati....

Mudah-mudahan , Allah rahmati kita semua...

Rabu, 23 Mac 2011

Lihatlah caraku....

langkah ( 1 )

Check dulu ada air atau takder.
Gunakan radar hidung

Taste dulu...gunakan radar lidah
Sedap atau tak sedap...

Kalau sedap apalagi,
Nganga mulut, julur lidah panjang2
Seduttt....glup-glup-glup...

Alhamdulillah....legaaa....
Cepat dan ringkas


Sabtu, 19 Mac 2011

Saya tak mahu pergi.....

Dulu saya hodoh sangat. Perut saya buncit. Badan saya penuh dengan kudis, kurap dan luka-luka. Tuan saya tidak membenarkan saya masuk kerumah. Saya bawa diri, usha cari makan sendiri. Tapi bukan mudah untuk bersaing dengan kucing2 lain yang lebih besar dan gagah. Saya selalu putih mata memandang krn tak mampu bersaing....

Dahlah lapar. Badan pulak sakit-sakit,
gatal-gatal sana sini.
Tuhan ajer yg tahu, sengsaranya....

Sehingga satu hari, saya rasa nyawa
saya hanya setakat itu....Saya dah tak mampu lagi.
Saya terjelepuk ditengah-tengah jalan.
Berserah pada takdir...
Namun, Tuhan masih mengasihi saya.
Memberi peluang untuk saya hidup kali ke2..

Mama Kim jumpa saya dan bawa pulang. Walaupun, mama Kim risau. Takut nanti, tuan saya marah dan tuduh mama Kim curi kucing. Sampai rumah, mama Kim beri makan dan mandikan saya...Mama Kim panggil saya Merah sebab badan banyak merah-merah kesan luka

Eee..seramnyer nak masuk air. First time mandi, tau...

"Emm..best jugak, mandi air panas ini. Relax rasa badan2.."

Gosok, jangan tak gosok... sampai berkilat

Esoknya, mama Kim bawa saya pergi klinik. Kena 2 liang. Mabuk saya sekejap. Abang Madan dan si Nia, tersengih2 jer tengok saya tersonggok2 menahan sakit. Seolah-olah mereka sedang menonton alien berjoget...."

Kini saya dah sehat. Syukur sangat.
Makan pun dah selera. Tak perlu lagi berebut-berebut.

Saya dah boleh tengok matahari....

Saya dah boleh bermain dan berlari...

Saya selesa sangat disini....

Tapi saya takut,
tuan lama saya akan
ambil saya balik....
Saya tak mahu pergi,
Tolonglah saya.....



Khamis, 17 Mac 2011

Warkah Balasan ....

Akhirnya, Ramadhan terima
warkah balasan dari Sally,


Abang Ramadhan yg dikasihi,


Usahlah abang tangisi lagi, usahlah abang nantikan lagi...
kerna semuanya tak akan terjadi.
Sally kini hanya menanti hari,

untuk rasmi bergelar isteri...

Segala kasihsayang dan cinta abang,
akan Sally bawa sampai kemati...


Sembah Salam,
Sally


Hancur luluh hati Ramadhan.

Ramadhan mendakap erat warkah terakhir dari Sally,
sambil air matanya bergenang...

Tiba-tiba hatinya menjadi hangat.
Lalu dikoyak, direnyuk, dikunyah-kunyahnya warkah itu.
Begitulah kecewa, hancur dan remuk hatinya...

Eee.. geramnyer aku. Nanti aku jumpa
mamat pakwe Sally tu, Siap Ko..!
Nampak PENUMBUK BERAPI ni..!

Takper, saya sedar siapa saya....
Kucing Terbiar Dot. Com....



Isnin, 14 Mac 2011

Kembar Tak Seiras



Pagi tu terpaksa bawak sekali si Nia dan Merah ke tempat keja. Sebab esok dan lusa, kak Kim takder. Time sanggang nanti bolehlah lari kejap bawak mereka jumpa Vet.

Persiapan utk bawak mereka ke tempat keje satu hal. Macam nak hantar baby kembar kerumah pengasuh. Dengan botol airnya, makanan, tempat makan, tuala kecil dan 2 sangkar. Sebab mereka ini tak boleh disatukan, asyik menyembur satu sama lain. Di tempat keje, kak kim letakkan mereka di stor barang. Tempatnya ok dan ada edaran udara bersih yg cukup.

Nia tak banyak hal, dia layan tidor jer..

Berbeza dengan si Nia, si Merah kecoh dengan mulutnya
bising membebel entah apa2. Siap kencing berak lagi, uh...

On the way pegi Vet pun, dia sempat melepas lagi. Terpaksalah, berenti
tepi jalan tukar napkin. Di Vet, Nia cuma diberi ubat makan.
Si Merah kena dua liang.Terus diam...

Nanti ada kesempatan kak kim sambung lagi cerita...









Khamis, 10 Mac 2011

Patut atau tak patut....?


Kalau malang yg berganda org kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Tp kalau rezeki yg berganda, orang kata apa pulak..? Kira ONGlah tu.... Takderlah...kak Kim ikhlas, tak harap apapun. Kalau, esok2 ada orang mengaku itu kucing dia, kak Kim akan pulangkan.

Kalau ada pulak yg kata, apa ker bendanya rezeki jumpa kucing kurap, menyusahkan ader. Baru 4 hari yg lepas bawak balik kucing sakit, ini bawak balik lagi kucing kurap...saja cari masalah. Insya Allah, kak kim takder masalah, mungkin orang tu yang ada bermasalah....
Biarlah, jangan layan..

Ini cerita kali ni..,

Balik dari keje petang semalam, tengah sedap2 menurun bukit, tiba eerkk.... brek emergency. Uh, sib baik sempat berenti... sekor anak kucing duduk terjelepuk tengah2 jalan, lansung dia tak mahu berganjak. Cepat2 sambar dia dan letak kat tepi. Keadaan dia nampak uzur. Dalam hati dah berkata tp ini kawasan perumahan, takut nanti ada yg cekak pinggang, "hoi.. curi kucing aku, yer.."

Sampai kat rumah, tak senang duduk dibuatnya, asyik teringatkan anak kucing tu. Iya kalau dia bertuan, kalau tidak...aduh kesiannyer..Masuk balik dlm kete dan pegi balik tempat tu. Alhamdulillah, dia masih ada disitu. Monyok jer muker dia, kesianyer..Ambik dan bawa balik..

Mungkin rakan-rakan boleh nilaikan,
Samada dia ini bertuan atau tidak..?
Patut atau tak patut kak Kim ambil dia...?

Sampai rumah bagi dia makan dan minum.
Bersihkan luka2 dan kurap2 dibadannya.
Sementara waktu, kak Kim sapukan minyak gamat..

Hari ini tak sempat nak bawak dia pegi Vet.
Insya Allah, esok kak Kim akan bawak..


Selasa, 8 Mac 2011

Aku adikmu, engkau abangku...

Nia, anak kucing jalanan yg kak Kim baru jumpa, beberapa hari yg lalu. Waktu tu, baru lepas hantar kakak ke sekolah. Pagi masih gelap dan basah lagi. Kesian dia kehulu, kehilir mengekori orang, tapi tak siapa peduli..

Kak Kim bawa dia pulang. Sampai dirumah,
ada pulak yang tunjuk perasaan..
GRRRRR...Ramadhan tak bekenan betul kat dia.

Masukkan Nia dalam kandang.
Ramdahan naik dan pijak2 atas kandang tu.

Last dia yang masuk, Nia yang keluar.

Baru nak lelapkan mata, dah kena sergah...

Nak duduk pun tak boleh,
datang jer hantu putih tu mengacau..

Lari keluar rumah pun, dia folo...

Last, bila dah kena marah dia merajuk.
Tidor pandang dinding...

Sabarlah Nia, abang Madan memang camtu.
Esok-esok, oklah dia. Jangan ambik hati, ok..


Pagi yang gelap
Kini telah terang
Aku adikmu
Engkau abangku...