Sabtu, 13 November 2010

"..Abang sedih, lah..."


"..Mama, kenapa orang-orang tu jahat ?

"Siapa yg jahat ?"

" Alah... org tulah. Tadi abang lalu, dia tengah basuh kete. Tak pasal-pasal, dia pacut air kat abang. Habis lencun badan abang..lepas tu, dia suruh anak dia kejar abang sambil bawak kayu konon nak pukul abanglah tu....sib baik abang sempat lari, kalau tidak Inna lillah..."

" Pastukan mama, abang pergi rumah kawan abang. Abang mana reti cakap Salammualaikum, abang pun meow, meowlah panggil kawan abang tu, tiba-tiba melayang kasut kat kepala abang. Aduh, sakitnya mama, biul kepala abang sekejap...sedihlah mama. Kalau motor anak dia vroom, vroom memekak tengah malam tak pulak dia baling dengan kasut..?"

" Abang pun merajuk, abang bawak diri panjat pokok....tiba2 berdenyut perut abang macam kena sula. Abang tengok kat bawah, beberapa orang sedang meloncat2 jolok abang suruh pergi ..alah abang bukan nak curi buah pelam dia pun, abang cuma nak tumbang berteduh jer..."

" Dahlah bang. Abang duduk kat rumah jer..Mana boleh mama, abang bukan boy macam Madan (Ramadhan) tu..abang manlah..Kalau kita dapat jiran2 macam Papa Hero ker, Papa Meow ker, Untie Marie ker, kawan-kawan mama kat kakimotong tu kan, best....tentu kepala abang nak benjol dan badan pun abang tak sakit-sakit..."

Aku usap kepala abang yg bengkak tu, sambil mata berair...

8 ulasan:

  1. handsomenya abang. cank corak pada badan.
    aunty marie sukeeee.

    sabar la Abang,nama dah manusia. perangai pun meloya. salah makhluk lain nampak tp salah kaum kerabat depan mata buat2 tak nampak

    Abang duduk je rumah,jga Mama,jaga Madan.
    Abang baik2 ye sayang

    BalasPadam
  2. Kesiannya dia... kenapa mama dia tak 'serang' je jiran tu???

    * kalau umie, memang sah2 jiran tu kena baling kasut yang dia baling kat abang tu tau ~> umie tak boleh kompromi kalau jiran camtu

    ** mama abang dah 'kasi' abg ke belum? Kalau belum, suruhlah mama buat cepat2 supaya abang tak merayap jauh2 :p

    BalasPadam
  3. ish ! terok jiran2 cam tuuh..sian abg..:(

    BalasPadam
  4. sian abg :(

    mmg menyakitkan hati klau berjiran dgn org mcm tu, rasa mcm nak pegi serang je tp SABAR...

    BalasPadam
  5. abang,
    kalau makcik tedi,
    makcik tedi akan perli2 orang tu.

    contohnya,
    dia balik kucing makcik tedi dengan kerusi , makcik tedi akan cakap
    'itam balik. apahal bertandang hak ogen tu!!'

    he he eh he

    meh, datang umah makcik tedi meh!!

    BalasPadam
  6. waaa...siannye...nape la manusia jahat camni...

    BalasPadam
  7. nape teruk sangat jiran tu...?

    BalasPadam
  8. dah lumrah k.kim...dah terang2 manusia yg di kurniakan akal perangai cam binatang...yang binatang2 nie smua, walau xde akal perangai cam manusia....binatang2 nie sah2 masuk syurga k.kim...kte nie yg nama jew manusia, kena insaf & banyak brtaubat supaya diampunkan MAHA ESA....

    BalasPadam